Rakan suka pinjam barang, tapi malas memulangkan?

Assalamualaikum and hello..

Hari nie qin just nak share satu tips kat korang. Tengok tajuk entry kat atas tu. I know mesti ramai yang pernah mengalaminyakan? Jadi bagaimana kita nak menangani sikap kawan-kawan kita tu yea? Lets go.

1. Memberikan sindiran halus jika rakan ada itu sengaja buat-buat lupa untuk memulangkan barang kita.

2. Buang rasa malu dan serba salah untuk meminta barang kita yang dipinjamkan kerana ia adalah milik kita.

3. Meminta bantuan rakan anda yang lain supaya sampaikan pesanan agar peminjam memulangkan kembali 
    barang yang dipinjam.

4. Jika kita terlalu sayangkan barang kita dan berat hati untuk dipinjamkan, berilah apa sahaja alasan yang 
    munasabah.

5. Jika barang yang dipinjamkan tidak dipulangkan dalam tempoh yang lama, beritahu yang kita ingin 
    menggunakan barang tersebut secepat mungkin.

6. Berikan tempoh berapa lama rakan kita boleh meminjam barang kita semasa memberi barang yang 
    dipinjam.

7. Beritahu dengan baik kepada rakan kita supaya memulangkan semula barang yang dipinjam itu setelah 
    digunakan.

Jadi lepas nie korang bolehlah pratikkan tips nie. Kot2 ade kawan2 korang yang liat sikit nak pulangkan barang tu kan. hehe

Adam & Hawa episod 45-48

Adam Hawa episod 45 :

Azie yang terburu-buru untuk ke pejabat telah tertinggal phone di rumah. Ain telah mengetahui hubungan Azie dan Johan selama nie apabila mengangkat phone Azie dan mendengar suara Johan. Ain mebaca kesemua mesej Azie bersama Johan. Azie call Ain kat rumah untuk tanya kalau ade phone die yang tertinggal. Ain kate ade, Ain nak tolong check kan sebab ade misscalled.  Azie kata tak payah dan terus gelabah. Ain mula marah2 kat Azie. Azie dah bagi tahu Johan yang dia dapat rasa Ain dah tahu hubungan mereka. Azie takut. Ain mula tiada teman pengadu, jadi Am lah tempat dia mengadu. Pada mulanya Am cuba untuk jual mahal, tetapi makin seronok bila dapat bercakap dengan Ain.

Ain baca sms antara Johan dan Azie.

Azie gelabah bila dapat tahu phone dia tertinggal kat rumah.

Johan cuba paksa Azie untuk bagi tahu hal sebenar.

..................................................................

Adam Hawa episod 46 :

Ain temankan Am di pejabat. Johan pula sedaya upaya untuk meyakinkan Azie bahawa dia sangat sayangkan Azie. Dia dah bersedia nak bagi tahu kat Ain tentang hubungan dia dan Azie. Tetapi Azie tetap tak mahu berterus terang dengan Ain dia takut hubungan persahabatan mereka hancur. Johan nekad untuk buktikan cinta dia pada Azie dengan bawa Azie jumpe mak dia. Pada mulanya, mak Johan menunjukan sikap yang dingin pada Azie. Mak Johan cakap Azie hanya termakan budi kerana Johan tolong dia masa dia sakit dulu. Tetapi Azie kate tak. Mak Johan juga cakap Azie sanggup jadi pengkhianat kawan sendiri. Dalam kereta Azie rase sepatutnya dia jangan bagi tahu hal sebenar dekat mak Johan. Sekarang Azie dah tak tahu nak buat ape. Johan tanya kat Azie ape plan sekarang. Azie tak tahu. Tapi Azie dengan pendirian sendiri takkan bagi tahu kat Ain. Azie kate lag pun mak Johan tak suka kat dia. Kalau tak dapat restu mak bapak Azie kata baik putus dan suruh Johan kembali pada Ain. Tiba2 Johan cakap mak dia terima Azie. Apa yang mak dia cakap tadi hanya untuk testing Azie. Azie gembira bila dengar berita itu. 

 


Azie happy bila dapat tahu mak Johan terima dia.

........................................................................................

Adam Hawa episod 47 :

Semasa perjalanan balik menghantar Azie, Azie hanya bertanya kenapelah dia boleh jatuh cinta dengan Johan dalam bnayak2 lelaki kat dunia. Azie cakap lagi kenapalah Johan menggatal dengan dia dan suka kat dia. Johan tersenyum dan cakap kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.  Am pula menghantar Ain ke rumah. Bila Ain dah masuk ke dalam rumah Am ternampak ade sampul surat dihadapan rumah Ain. Am pergi ambil untuk melihat ape isinya. Am yakin pasti kerja Dee. Am terfikir ape lagi yang Dee rancangkan untuk putuskan hubungan dia dan Ain. . Ain pula tertanya2 bila agaknya masalah mereka akan selesai. Ain pula mula menerima Am dalam hidupnya.  Semasa makan tengah hari bersama, Azie tak habis mengungkit2 yang Johan tu masih ade hati pada Ain. Johan cakap Azie nie merepek. Johan asyik memaksa Azie suruh bagi tahu hal sebenar. Johan tak nak Azie dituduh sebagai perampas hak kawan baik sendiri. Johan pula semakin keliru dengan perasaan sendiri. Antara Ain dan Azie. Semakin hari hubungan Azie dan Ain semakin jauh, mereka tak pernah lagi bersua muka. 

Sampul surat yang Am jumpe. 

Johan mula keliru antara Azie dan Ain.

....................................................................................

Adam Hawa episod 48 :

Azie menjawab telefon dari Ain. Ain cakap Azie dah Johan dah lain. Ain tanya adakah mereka ada sorokkan sesuatu. Azie berdolak dalih dengan mengatakan dia semakin sibuk di pejabat. Ain bagi tahu hal sebenar. Dia sebenarnya dah tahu hubungan Azie dan Johan. Azie terkejut dan minta maaf. Ain nak jumpe mereka untuk selesaikan masalah ini secepatnya. Azie takut nak bersemuka. Dia tahu Ain kecewa dengan sikap dia. Azie tak nak rosakkan hubungan persahabatan antara dia Ain hanya kerana sebab Johan. Johan cakap Azie hanya pentingkan diri sendiri dan tak mahu tegakkan kebenaran. Ain terima semua yang terjadi ni. Mungkin salah Ain jugak tak bagi tahu hal sebenar. Kat restoran semasa tinggu Ain. Ain tak boleh duduk diam. Dia takut Ain tak boleh terima ni semua. Johan cuba mententeramkan Azie. Johan cakap sebab Azie macam nilah jujur dia suka kat Azie

.
Ain tak tahan dah dia bagi tahu yg sebenarnya dia dah tahu hal sebenar.

Azie terkejut mendengar dan minta maaf. 

Adam & Hawa episod 41-44

Sinopsis Adam & Hawa episod 41 :

Dee masih berusaha unutk mendapatkan Am kembali walaupun Am sering menolak permintaanya. Azie semakin yakin perasaanya terhadap Johan tetapi demi Ain dia sanggup pendamkan sahaja perasaan yang terbuku dihati. Dia semakin sayang terhadap Johan dan mengharapkan Johan mempunyai perasaan yang sama. Semakin lama kemesraan Azie dan Johan semakin erat.

Sinopsis Adam & Hawa episod 42 :

Ain mula rasa bersalah sepatutnya dia perlu membaiki keadaanya bersama Adam dan tidak sepatutnya die memetingkan diri sendiri. Johan pula semakin kalut dengan perasaan sendiri. Azie pula semakin berani menyuarakan perasaanya hatinya yang terpendam lama. Lebih berani Johan telah bertanya sesuatu yang agak keberatan Azie untuk menjawabnya. Ain menelefon Azie untuk meminta tolong kerana keretanya rosak. Tetapi Azie tidak mengangkat telefon kerana takut dengan Ain.

Sinopsis Adam & Hawa episod 43 :

Hubungan Azie dan Johan kini semakin serius. Johan semakin risau kerana ibunya telah memberi masa untuk Johan dan Ain untuk membincangkan perhubungan mereka. Akirnya Johan dan Azie mengaku perasaan yang mereka rasakan selama ini dan masalah yang bakal dihadapi adalah jika perhubungan mereka diteruskan. Bimbang persahabatan mereka bertiga hancur begitu sahaja. Dalam pada itu Am menelefon Ain pada saat yang tepat apabila Ain memerlukan bantuan mengenai keretanya yang rosak. Am datang untuk membantu Ain. Ain mengenalkan Am sebagai suaminya di depan Fauzi. Fauzi agak terkejut mengetahui bahawa Ain sudah berkahwin. 

Azie terlihat kereta Ain ade bengkel. Die takut terserempak dgn Ain.

Azie jelous bile Johan sibuk tanye pasal Ain risau Ain tak balik lagi. 

Sinopsis Adam & Hawa episod 44 :

Ain terkejut bila Am menanyakan pasal Johan dan menunjukkan perasaan cemburunya tentang keakraban Ain dan Johan . Merka terus dengan perangai yang sama apabila berbalah antara satu sama lain dan cuba untuk mempertahankan diri masing masing. Johan pula memberanikan diri dengan ayahnya apabila menyuarakan tentang perasaanya pada Azie. Pada mulanya, ayahnya agak terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Johan, namun dia berfikiran terbukan dan menerima segalanya. Cuma yang menjadi kerisauan bapanya adalah isterinya yang sudah pasti terkejut dan tidak pasti bagaimana reaksinya. Ain kini semakin rapat dengan Am, tapi kadang-kadang tidak dapat mengawal perasaan marah terhadap Am. Johan semakin rapat dengan Azie hingga melupakan Ain. Adakah Johan akan meninggalkan Ain untuk Azie?

Ape reaksi Ain bile mengetahui 'Abang' tu adalah Johan?

Azie panik gila jumpe Am. Takut kantoi. 

Bapa Johan dah bagi tahu kat mak Johan. Yg Johan tu dah suke kat Azie. 



Azie terkejar2 nak pegi kerja sampai pecahkan cawan. Gelabah betul.

Cinta Itu Milikku Akasia @ tv 3

Assalammualaikum and hello..

Drama Julia lakonan Nabila Huda, Fizo Omar dan Izreen Azminda baru sahaja melepaskan tirainya. Qin tak berapa suka ending dia. Sebab Julia still tak dapat kebahagiaan die lagi kan. Tapi nak buat macam mane itu kerja pengarah. So kite nie just follow je la. :D Isnin nie drama baru, Cinta Itu Milikku lakonan Emma Maembong yang pernah dikenali dengan watak Munirah dalam Kau Yang Terindah tu. Cantikkan dia? Comel. Qin baru berkesempatan tengok episod 1 je so tak pastilah cerita best tak. 

SINOPSIS :

Mengisahkan tentang Rania anak kedua dari 3 orang adik beradik yang bercinta dengan Zafril. Namun begitu bekas tunang Zafril, Dini tidak berpuas hati dengan hubungan Zafril dan Rania kerana Dini beranggapan Rania telah merampas cintatanya. Setelah Rania dan Zafril diijabkabulkan, Dini semakin marah dan mula menyimpan perasaan dendam. Dini sanggup berbuat apa sahaja agar Zafril kembali ke pangkuannya. Dini mendapat tahu Rania mempunyai seorang abang Ridzuan. Dini telah menggunakan Ridzuan sebagai senjata untuk mendekati keluarga Rania. Setelah berjaya menakluk hati Ridzuan akhirnya Ridzuan berkahwin dengan Dini. Zafril terkejut apabila mendapat tahu Dini telah berkahwin dengan abang iparnya. Zafril dapat rasa bahawa Dini mempunyai niat yang tidak baik. Begitu juga dengan Rania yang merasakan Dini tidak ikhlas bersama abangnya. Apakah kesudahannya? 





PELAKON :


Fazreen Rafi & Emma Maembong as Zafril & Rania

Ana Dahlia as Dini

Karl Shafeq as Ridzuan

Erry Putra as Doktor Shafiq

OST: 

KEMBALI by Akim ft Stacy



Saiful Nita Best!!

Assalamualaikum and hello all..


Okay, qin nak story about drama Sauful Nita. Korang layan tak? Act, qin baru je nak layan. Qin rase macam dah nak habis. Tapi Saifu Nita best kan! Even, Aidil Aziz yang pegang watak Saiful tu tak dikenali ramai lagi tapi lakonan dia mantap. Macho pulak tu. Watak die memang sesuailah cara die layan perempuan tu. CEH! hehe. Sekarang pulak dah masuk episod yang lagi best bila Nita lakonan Kilafairy dah mula nak suka kat Saiful.

Last night punye episod lah. Kesian jugak kat Nita tu. Dua kali ditinggal pakwe dia, si Effendi lakona Fauzi Nawawi. Tapi Siful pula masih syok kat Netty tu. Erghh. Kacau daun sungguh. Tapi qin rase nanti Saiful ngan Nita mesti bersatu. Kan? Yelah, buat ape tajuk drama tu kalau hero heroin tu tak bersama. Tak bestlah kan. Hopefully! :)






Ku Pilih Hatimu by Ussy ft. Andhika Pratama

Assalammualaikum and hello all..

Korang, pernah dengar lagu nie tak? Soundtrack Saiful Nita slot Samarinda kat tv3 tu. Best kan? Best sesangat. Biasalah qin memang lewat untuk tahu semuanye kan? Nie kat bawah ade lirik die. Sape yang rase nak syok nyanyi tu lirik tak tahu tengok kat bawah nie. :P

Ku pilih hatimu tak ada ku ragu
Mencintamu adalah hal yang terindah
Dalam hidupku oh sayang
Kau detak jantung hatiku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Setiap nafasku hembuskan namamu
Sumpah mati hati ingin memilihmu
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Setiap nafasku (setiap nafasku)
Hembuskan namamu (hembuskan namamu)
Sumpah mati (sumpah mati)
Hati ingin memilihmu (ku milikmu)
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku ooh

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
Cinta sampai mati






Dendam Pencinta @ Ratu tv9




SINOPSIS :

Drama ini mengisahkan Zul lakonan Shah Iskandar yang mencintai Syiella lakonan Nadia Aqilah pada zaman kolej. Namun begitu, selepas beberapa tahun, Zul telah berkahwin dengan Mimi lakonan Hanez Suraya bukannya Syiella. Syiella yang tidak berpuas hati dengan keadaan itu dalam semula ke dalam hidup Zul untuk semula cintanya. Apakah yang berlaku seterusnya?

PELAKON :

Shah Iskandar as Zul

Hanez Suraya as Mimi

Nadia Aqilah

Nak tahu ape kesudahan drama ni? Jangan lupa tengok Dendam Pencinta setiap isnin dan selasa jam 9 malam di slot Ratu tv9.




Lirik Lagu Muara Hati by Dato' Siti ft. Hafiz



Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hatikan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

CHORUS:
Demi cinta dalam hatimu 
Ku yakin kau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cintakan bawa kembali padamu

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun pastikan kembali

ULANG CHORUS

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Merasuk dalam hati
Cinta..




Study @ Rumah Syiqin Azman

Assalammualaikum and hello all.

Rindu semuanya!! Hehe. Qin sampai dah tak ingat hari ape dah. Nie semua akibat cuti lamelah. Duduk rumah je, tak pegi sekolah. Esok last qin cuti. :( Dah kene pegi sekolah balek. Takpe 2 bulan je lagi. Lepas nie FREE all time! Tak sabar nak ambil lesen kereta :*

Dah tengok tajuk entry di atas tuh? Kan qin cakap qin cuti. So hari khamis lepas qin pegilah study kat rumah twins I, Syiqin Azman kat Taman Desa Surada. Qin pegi ngan Sayang and Che Nur je. Kitorg study Addmath. Feveret subjek. -.- Choiii. Walaupun tak ramai, tetap best taw. Time part bergambar jelah yang bestnye. Aik ape pulak. Time paling best bile dapat solve the question. Semua happy gila. Kiranya macam first time lah jawab betul. Hahah. Seriously memang best lah. Anyone yang ade buat study group jangan lupa invite qin eyh. Hehe. For sure I join!

That's all for today. Qin tinggalkan korang dengan gamba2 time study. Checkidoutt. Bubye!! 

Lot of Love!

Nampak tak Sayang dilimpahi hidayah? hehe

Nie bile semua dah ready. PEACE!

Kami tweet bersama Addmath.:*

hehehe

Kami comel kan?? *perasan*



Julia @ tv3 Akasia


  

SINOPSIS :

Amir lakonan Fizo Omar seorang yang agak nakal di sekolah. Amir telah ditangkap kerana merokok dan dikenakan hukuman rotan dihadapan guru-gurunya. Amir berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dan dia ada hati dengan seorang gadis bernama Sofia lakonan Izreen Azminda, tetapi Sofia dengan selamba menolak cinta Amir den mengatakan dia tidak ada hati dengan Amir keran sudah ada Sam lakonan Iqram Dinzly. Amir berkenalan dengan Julia lakonan Nabila Huda. Hubungan mereka semakin rapat. Julia berjaya merubah diri Amir dan Amir mula menumpukan pelajarannya. Bermula kisah cinta antara Amir dan Julia. Amir lebih mengejar kemewahan dan kekayaan hingga Julia merasakan Amir mengabaikannya. Apabila Julia sudah beralih cinta dan berkahwin dengan lelaki lain Amir pula merasa menyesal.

PELAKON :

Nabila Huda as Julia

Fizo Omar as Amir

Izreen Azminda as Sofia

Iqram Dinzly as Sam


OST :

* Sudah Cukup Sudah by Nirvana Band
* Milikku by Duta
* Tiada Rasa by Ika Nabila ft. Aliff Razali

Runtun Qalbu @ tv3 Zehra

Assalammualaikum n hello all..

Today qin nak share about new story for slot terbaru Zehra di tv3, Runtun Qalbu baru bermula bersiaran minggu lepas yang menggantikan Naziha lakonan Si cantik Izara Aishah. Act, qin belum berkesempatan untuk tengok cerita nie minggu lepas. Tak tahulah best ke tak. Tambah pulak qin tak suka gila kat si FS tu. Tapi.... Ade Kamal Adli and Shah Iskandar. Qin minat Shah Iskandar! :) More information, sila bace di bawah.



SINOPSIS :

Mengisahkan tentang Qalbu lakonan Kamal Adli yang melalui satu penghijrahan dalam hidupnya, menjadi seorang hamba yang taat. Namun, sejauh mana dia berubah dan lari dari kehidupan lamanya. Semakin itu jugak dia dekat dengan hakikat dan sejarah yang pernah yang dilaluinya sebelum itu. Namun, Qalbu sentiasa menjadi perhatian jirannya, Idayu lakonan FS yang menyimpan persaan terhadapnya. Tanpa memikirkan soal kerja Qalbu, seorang penjaga bilik mayat dan personalitinya yang pelik Idayu juga yang anak kepada pemandu teksi tetap menyukainya. Qalbu tidak punya hobi lain selain berada di sebuah masjid yang akhirnya menemukannya dengan seorang gadis yang kerjanya mengajar kanak-kanak mengaji, Ustazah Fatihah lakonan Rafidah.

PELAKON :

Kamal Adli as Qalbu

FS as Idayu

Shah Iskandar

Rafidah Ibrahim as Fatihah

Murnianz :)

Assalammualaikum n hello all..

Miss me? Dah lamenye qin tak update blog. Lame gilergiler kan? Mesti korang bosan bace yang same je. Ecehh. Ado ke yang bace? Acanor tu? :D Lupe nak tnye, adakah kalian sehat? Qin Alhamdullilah, sihat walafiat. Qin skrg memey busy sangatsangat. Qin baru lepas trial SPM selama sebulan. Memey tak sempat nak switch on de my lovely lappy. Online fb n twitter pun kat tab je. Nampak tak kesibukan qin tu? Jelas kan. Skrg nie hanye tinggal lebih kurang 40 hari lagi nak SPM. So, lepas nie memey takde nak online la. Takpe takpe, lepas SPM tunggu qin. Alright? Meh, kiss skit :*

Hmm, cukup panjang mukaddimah qin hari nie. Almaklumlah dah lame tak menapak di sini. Nginduuu. Qin nak story about my Syawal this year. Tidak berape seronok for this year. Coz byk rumah qin tak dapat pegi especially rumah kawan la. Qin hanye sempat pegi 2 buah je rumah kawan. Sedih kan? :'( Nak buat acane nak exam. Kene korbankan la semua tu.

Hari jumaat hari tu qin and de whole class pegi rumah Aisyah. Nak sambut birthday die. Kitorg kumpul duit nak buat kek utk die. Sweet tak? Mestilah kan. Best giler la. Semua gurls of Murnianz datang kecuali Hidayah. Its sokay la. Act, qin tak tahu nak bebel ape kat korang lagi. No idea dah. Okay la. Cukup dulu. Bye.

Lot of Love!

Qin tinggal kan korang dengan gambagamba kitorang yang tersangat comelcomel nie. Okay perasan jap. ;p


Gurlz of MURNIANZ !

From left ctnad, aisyah & syiqin, my kemba

From left ziera & amall love both of you!

From left syiqin & me, shiqin :)

My tablemate, miraa & ctnad :3

Me with birthday gurl, aisyah

On de way nak balik rumah, dalam kete. :D

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis hidupku

Kaulah yang disitu
Setia menungguku
Kaulah yang satu 
Menjadi sahabatku
=)




Reason to go Vegetarian.

Assalammualaikum n hello all..

Hari nie qin bukan nak berceloteh atau pun ape2 lah. Qin just nak share satu tips. Tips ape? Why, kite perlu vegetarian? Kalau korang nak tahu, vegetarian nie sangat bagus taw. Kita akan lebih sihat sebab kita makan sayur dlm kuantiti yang banyak. That's goo right? So, korang berminat? Okay, jom. Bace tips2 di bawah, kenape kita perlu vegetarian.



1. Kurus tanpa menyeksa diri.
Vegetarian umumnya akan membuat korang lebih kurus 10 kg berbanding pemakan daging. So, tak perlulah susah2 nak diet kan.

2. Love your animals.
Seorang vegetarian boleh menyelamatkan lebih dari 100 ekor binatang setahun. Nanti lepas nie takde haiwan yg pupus lah.

3. Sihat itu penting.
Memilih untk makan sayur akan mengurangi kemungkinan korang untk menghidapi penyakit yg merbahaya like, penyakit jantung, kanser, diabetes dan tekanan darah tinggi. Penggemar vegetarian juga akan hidup lebih lama. 

4. Salurkan kepada orang lain.
Tahukah korang, penternakan haiwan memerlukan bertan-tan makanan dan air untk haiwan peliharaan. Hanye setengah kilogram daging, sebanyak 8kg biji-bijian yg diperlukan. Adelah lebih baik jika makanan tersebut disalurkan kepada mereka yg memerlukan, kan?

5. Global warming.
Industri memproses daging merupakan salah satu penyebab terbesar kepada masalah global warming. Malah semasa memproses daging, banyak sampah yang terhasil sehingga meyebabkan pencemaran alam sekitar.




Hmm, macam mane? Banyakkan kebaikan yg kita dapat bila makan sayur nie. Lebih2 lagi korang yg memang nak kurus kat luar sane. Ape tunggu lagi. Cubalah!

p/s: qin pun macam nak try. mane tahu bole kurus. hehe