Friday Im In Love @tv9 Aurora


Asslammualaikum n hello all..

Last night qin tgok FridayImInLove <3... FIIL sudah start!!! Yeayhooo^^ Dapat tgok AHR. Citer nie kelakar giler. Korg bace die pnye sinopsis je ponmsti korg dh bole bygkn macam mne citer nie. Lawak sesangat. OST FIIL pon tjuk nye pon FridayImInLove jgk by OAG. Haha. Sume pelakon utamanye hensem N cantek. Apatah lagi AHR hensem giler! Pelakon2 utama ialah Qushari, Ryzal Jaafar, AimanHakimRidza, ZoerRahman, NelydiaSenrose n BellaDaly. So, sesape yg nk tgok AHR jgn terlepas utk tgok FridayImInLove setiap khamis pukul 8.30 mlm di tv9 slot Aurora. IzaraAishah pon ade jgk. Izara jd cousin AHR n akn muncul dlm eps.10. Klaw tk silap la :).


SINOPSIS:

FridayImInLove mengisahkan Awang (Qi) yang lurus dan bersahaja. Awang akan jatuh cinta setiap kali jumaat dengan gadis yang berbeza. Sebelum menjelang jumaat lagi satu, dia akan berpisah dengan teman wanitanya. Awang, seorang remaja yang juga pembantu di sebuah kedai buku dan bersahabat baik dengan Ana, Nisha (Nellydia Senrose), Pitt (Aiman Hakim Ridza), Pitt, Jo (Zoey Rahman) dan Hansem (Ryzal Jaafar). Awang menyambut hari jadinya yang ke-21 bersama mereka pada jumaat di kedai Kopitiam milik bapa Nisha. Sedang mereka sibuk berbual, Awang terlihat seorang gadis cantik iaitu Amy dan secara tiba2 Awang cuba sedaya untuk berkenalan dengannya. Tanpa disedari, mereka menjadi serasi Awang jatuh cinta kepada Amy dan kisah cinta mereka berterusan pada sabtu, ahad, isnin, selasa, rabu. Tetapi pada khamis Amy menamatkan percintaan meraka dengan mengakui bahawa dia sudah berkahwin. Awang berasa sangat kecewa, namun pada hari seterusnya dia bangun dengan ingatan kabur terhadap Amy dan bertemu pula dengan Bella dan jatuh cinta sekali lagi. Awang percaya dia terkena badi sumpahan yang ditujukan terhadap ibunya. Andai tidak berjaya menemui cinta sejati pada usia 24 tahun, dia akan bertukar menjadi seekor hamster! 

PELAKON:

   Qushari Razali as Amir / Awang

   Aiman Hakim Ridza as Pitt

   Zoey Rahman as Jo

   Ryzal Jaafar as Hansem

   Nellydia Senrose as Nisha

   Bella Dally as Ana

OST:

FRIDAY IM IN LOVE by OAG

3 Janji @tv3 Lestary

Drama baru yg menggantikan VanilaCoklat ialah 3Janji lakonan Shahrizal, LiyanaJasmay n ShahIskandar. AimanHakimRidza tk de :,( sob sob.. Tkpe AHR nty kta tgok kat FridayImInLove @tv9 okay? Okay jgn lupe tgok 3Janji setiap selasa pukul 9 mlm di tv 3.


SINOPSIS :

Mengisahkan tentang Dahlia dan Khursyi yang berkawan sejak kanak-kanak. Mereka saling memahami dan menyanyangi akhirnya manjadi kekasih hati. Malangnya, sebuah tragedi telah meragut nyawa Khursyi apabila mereka dalam perjalanan ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM. Dahlia redha dengan pemergian Khursyi dan sentiasa ingat kepada 3 janji yang pernah dilafazkan olah Khursyi untuk mencari teman hidup yang boleh menjadi sahabat terbaik, kekasih terbaik dan menjadi suami terbaik untuk Dahlia. Apakah kemuculan Kamil dan Yassin dapat menggantikan tempat Khursyi dalam hati Dahlia serta dapat menepati 3 janji tersebut?

PELAKON :


OST :

MANA OH MANA by Aizat


SUATU HARI NANTI by Keroz Nazri

Amukan Pocong @tv3 Seram

Santau merasuk dah habes. Drama baru utk slot seram adlh Amukan Pocong. Drama nie ramai pelakon perempuan. N ade IzaraAishah. Well~ i know ramai yg suke. Actually cite nie dh start lbh kurg 3 mnngu dh. Tp qin tk smpt nk update. Soryy2. Rase nye epsd Izara akn kluar mnngu dpn, epsd 5. Jgn lupa tgok! Setiap khamis jam 10 mlm di tv3.


SINOPSIS :

Mengisahkan Long Husin, seorang kaki judi dan dua orang kawannya sanggup melakukan apa sahaja sehingga membelakangkan syariat Islam dengan memuja kubur dan menggunakan khidmat bomoh Siam untuk mendapatkan mengenai gambaran nombor ekor bagi menangi wang dengan cara yang mudah. Malangya, Long Husin tidak menjangka sesuatu yang lebih dahsyat menanti mereka akibat perbuatan terkutuk itu. Lebih tragis, tidak lama kemudian Long Husin sendiri terbunuh dan ilmu hitam yang telah memakan diri telah menyababkan jasad dan rohnya tidak aman sehingga menjadi pocong dan digeruni semua penduduk kampung. Maka bermulalah kisah ngeri Long Husin yang kini harus mencari dan membunuh 13 orang gadis sunti untuk melunaskan janji yang pernah dibuat dengan syaitan.

PELAKON :


   Azhan Rani as Long Husin

   Ezani Nizarif as Jidin

   Iqram Dinzly as Lan Becok

   Elly Mazlein as Long Jamilah

PELAKON WANITA :

   
Faralyna Idris

Erin Malek

Izara Aishah

Anzalna

BEHIND THE SCENE :