Friday Im In Love @tv9 Aurora


Asslammualaikum n hello all..

Last night qin tgok FridayImInLove <3... FIIL sudah start!!! Yeayhooo^^ Dapat tgok AHR. Citer nie kelakar giler. Korg bace die pnye sinopsis je ponmsti korg dh bole bygkn macam mne citer nie. Lawak sesangat. OST FIIL pon tjuk nye pon FridayImInLove jgk by OAG. Haha. Sume pelakon utamanye hensem N cantek. Apatah lagi AHR hensem giler! Pelakon2 utama ialah Qushari, Ryzal Jaafar, AimanHakimRidza, ZoerRahman, NelydiaSenrose n BellaDaly. So, sesape yg nk tgok AHR jgn terlepas utk tgok FridayImInLove setiap khamis pukul 8.30 mlm di tv9 slot Aurora. IzaraAishah pon ade jgk. Izara jd cousin AHR n akn muncul dlm eps.10. Klaw tk silap la :).


SINOPSIS:

FridayImInLove mengisahkan Awang (Qi) yang lurus dan bersahaja. Awang akan jatuh cinta setiap kali jumaat dengan gadis yang berbeza. Sebelum menjelang jumaat lagi satu, dia akan berpisah dengan teman wanitanya. Awang, seorang remaja yang juga pembantu di sebuah kedai buku dan bersahabat baik dengan Ana, Nisha (Nellydia Senrose), Pitt (Aiman Hakim Ridza), Pitt, Jo (Zoey Rahman) dan Hansem (Ryzal Jaafar). Awang menyambut hari jadinya yang ke-21 bersama mereka pada jumaat di kedai Kopitiam milik bapa Nisha. Sedang mereka sibuk berbual, Awang terlihat seorang gadis cantik iaitu Amy dan secara tiba2 Awang cuba sedaya untuk berkenalan dengannya. Tanpa disedari, mereka menjadi serasi Awang jatuh cinta kepada Amy dan kisah cinta mereka berterusan pada sabtu, ahad, isnin, selasa, rabu. Tetapi pada khamis Amy menamatkan percintaan meraka dengan mengakui bahawa dia sudah berkahwin. Awang berasa sangat kecewa, namun pada hari seterusnya dia bangun dengan ingatan kabur terhadap Amy dan bertemu pula dengan Bella dan jatuh cinta sekali lagi. Awang percaya dia terkena badi sumpahan yang ditujukan terhadap ibunya. Andai tidak berjaya menemui cinta sejati pada usia 24 tahun, dia akan bertukar menjadi seekor hamster! 

PELAKON:

   Qushari Razali as Amir / Awang

   Aiman Hakim Ridza as Pitt

   Zoey Rahman as Jo

   Ryzal Jaafar as Hansem

   Nellydia Senrose as Nisha

   Bella Dally as Ana

OST:

FRIDAY IM IN LOVE by OAG

No comments:

Post a Comment