Rakan suka pinjam barang, tapi malas memulangkan?

Assalamualaikum and hello..

Hari nie qin just nak share satu tips kat korang. Tengok tajuk entry kat atas tu. I know mesti ramai yang pernah mengalaminyakan? Jadi bagaimana kita nak menangani sikap kawan-kawan kita tu yea? Lets go.

1. Memberikan sindiran halus jika rakan ada itu sengaja buat-buat lupa untuk memulangkan barang kita.

2. Buang rasa malu dan serba salah untuk meminta barang kita yang dipinjamkan kerana ia adalah milik kita.

3. Meminta bantuan rakan anda yang lain supaya sampaikan pesanan agar peminjam memulangkan kembali 
    barang yang dipinjam.

4. Jika kita terlalu sayangkan barang kita dan berat hati untuk dipinjamkan, berilah apa sahaja alasan yang 
    munasabah.

5. Jika barang yang dipinjamkan tidak dipulangkan dalam tempoh yang lama, beritahu yang kita ingin 
    menggunakan barang tersebut secepat mungkin.

6. Berikan tempoh berapa lama rakan kita boleh meminjam barang kita semasa memberi barang yang 
    dipinjam.

7. Beritahu dengan baik kepada rakan kita supaya memulangkan semula barang yang dipinjam itu setelah 
    digunakan.

Jadi lepas nie korang bolehlah pratikkan tips nie. Kot2 ade kawan2 korang yang liat sikit nak pulangkan barang tu kan. hehe

Adam & Hawa episod 45-48

Adam Hawa episod 45 :

Azie yang terburu-buru untuk ke pejabat telah tertinggal phone di rumah. Ain telah mengetahui hubungan Azie dan Johan selama nie apabila mengangkat phone Azie dan mendengar suara Johan. Ain mebaca kesemua mesej Azie bersama Johan. Azie call Ain kat rumah untuk tanya kalau ade phone die yang tertinggal. Ain kate ade, Ain nak tolong check kan sebab ade misscalled.  Azie kata tak payah dan terus gelabah. Ain mula marah2 kat Azie. Azie dah bagi tahu Johan yang dia dapat rasa Ain dah tahu hubungan mereka. Azie takut. Ain mula tiada teman pengadu, jadi Am lah tempat dia mengadu. Pada mulanya Am cuba untuk jual mahal, tetapi makin seronok bila dapat bercakap dengan Ain.

Ain baca sms antara Johan dan Azie.

Azie gelabah bila dapat tahu phone dia tertinggal kat rumah.

Johan cuba paksa Azie untuk bagi tahu hal sebenar.

..................................................................

Adam Hawa episod 46 :

Ain temankan Am di pejabat. Johan pula sedaya upaya untuk meyakinkan Azie bahawa dia sangat sayangkan Azie. Dia dah bersedia nak bagi tahu kat Ain tentang hubungan dia dan Azie. Tetapi Azie tetap tak mahu berterus terang dengan Ain dia takut hubungan persahabatan mereka hancur. Johan nekad untuk buktikan cinta dia pada Azie dengan bawa Azie jumpe mak dia. Pada mulanya, mak Johan menunjukan sikap yang dingin pada Azie. Mak Johan cakap Azie hanya termakan budi kerana Johan tolong dia masa dia sakit dulu. Tetapi Azie kate tak. Mak Johan juga cakap Azie sanggup jadi pengkhianat kawan sendiri. Dalam kereta Azie rase sepatutnya dia jangan bagi tahu hal sebenar dekat mak Johan. Sekarang Azie dah tak tahu nak buat ape. Johan tanya kat Azie ape plan sekarang. Azie tak tahu. Tapi Azie dengan pendirian sendiri takkan bagi tahu kat Ain. Azie kate lag pun mak Johan tak suka kat dia. Kalau tak dapat restu mak bapak Azie kata baik putus dan suruh Johan kembali pada Ain. Tiba2 Johan cakap mak dia terima Azie. Apa yang mak dia cakap tadi hanya untuk testing Azie. Azie gembira bila dengar berita itu. 

 


Azie happy bila dapat tahu mak Johan terima dia.

........................................................................................

Adam Hawa episod 47 :

Semasa perjalanan balik menghantar Azie, Azie hanya bertanya kenapelah dia boleh jatuh cinta dengan Johan dalam bnayak2 lelaki kat dunia. Azie cakap lagi kenapalah Johan menggatal dengan dia dan suka kat dia. Johan tersenyum dan cakap kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.  Am pula menghantar Ain ke rumah. Bila Ain dah masuk ke dalam rumah Am ternampak ade sampul surat dihadapan rumah Ain. Am pergi ambil untuk melihat ape isinya. Am yakin pasti kerja Dee. Am terfikir ape lagi yang Dee rancangkan untuk putuskan hubungan dia dan Ain. . Ain pula tertanya2 bila agaknya masalah mereka akan selesai. Ain pula mula menerima Am dalam hidupnya.  Semasa makan tengah hari bersama, Azie tak habis mengungkit2 yang Johan tu masih ade hati pada Ain. Johan cakap Azie nie merepek. Johan asyik memaksa Azie suruh bagi tahu hal sebenar. Johan tak nak Azie dituduh sebagai perampas hak kawan baik sendiri. Johan pula semakin keliru dengan perasaan sendiri. Antara Ain dan Azie. Semakin hari hubungan Azie dan Ain semakin jauh, mereka tak pernah lagi bersua muka. 

Sampul surat yang Am jumpe. 

Johan mula keliru antara Azie dan Ain.

....................................................................................

Adam Hawa episod 48 :

Azie menjawab telefon dari Ain. Ain cakap Azie dah Johan dah lain. Ain tanya adakah mereka ada sorokkan sesuatu. Azie berdolak dalih dengan mengatakan dia semakin sibuk di pejabat. Ain bagi tahu hal sebenar. Dia sebenarnya dah tahu hubungan Azie dan Johan. Azie terkejut dan minta maaf. Ain nak jumpe mereka untuk selesaikan masalah ini secepatnya. Azie takut nak bersemuka. Dia tahu Ain kecewa dengan sikap dia. Azie tak nak rosakkan hubungan persahabatan antara dia Ain hanya kerana sebab Johan. Johan cakap Azie hanya pentingkan diri sendiri dan tak mahu tegakkan kebenaran. Ain terima semua yang terjadi ni. Mungkin salah Ain jugak tak bagi tahu hal sebenar. Kat restoran semasa tinggu Ain. Ain tak boleh duduk diam. Dia takut Ain tak boleh terima ni semua. Johan cuba mententeramkan Azie. Johan cakap sebab Azie macam nilah jujur dia suka kat Azie

.
Ain tak tahan dah dia bagi tahu yg sebenarnya dia dah tahu hal sebenar.

Azie terkejut mendengar dan minta maaf. 

Adam & Hawa episod 41-44

Sinopsis Adam & Hawa episod 41 :

Dee masih berusaha unutk mendapatkan Am kembali walaupun Am sering menolak permintaanya. Azie semakin yakin perasaanya terhadap Johan tetapi demi Ain dia sanggup pendamkan sahaja perasaan yang terbuku dihati. Dia semakin sayang terhadap Johan dan mengharapkan Johan mempunyai perasaan yang sama. Semakin lama kemesraan Azie dan Johan semakin erat.

Sinopsis Adam & Hawa episod 42 :

Ain mula rasa bersalah sepatutnya dia perlu membaiki keadaanya bersama Adam dan tidak sepatutnya die memetingkan diri sendiri. Johan pula semakin kalut dengan perasaan sendiri. Azie pula semakin berani menyuarakan perasaanya hatinya yang terpendam lama. Lebih berani Johan telah bertanya sesuatu yang agak keberatan Azie untuk menjawabnya. Ain menelefon Azie untuk meminta tolong kerana keretanya rosak. Tetapi Azie tidak mengangkat telefon kerana takut dengan Ain.

Sinopsis Adam & Hawa episod 43 :

Hubungan Azie dan Johan kini semakin serius. Johan semakin risau kerana ibunya telah memberi masa untuk Johan dan Ain untuk membincangkan perhubungan mereka. Akirnya Johan dan Azie mengaku perasaan yang mereka rasakan selama ini dan masalah yang bakal dihadapi adalah jika perhubungan mereka diteruskan. Bimbang persahabatan mereka bertiga hancur begitu sahaja. Dalam pada itu Am menelefon Ain pada saat yang tepat apabila Ain memerlukan bantuan mengenai keretanya yang rosak. Am datang untuk membantu Ain. Ain mengenalkan Am sebagai suaminya di depan Fauzi. Fauzi agak terkejut mengetahui bahawa Ain sudah berkahwin. 

Azie terlihat kereta Ain ade bengkel. Die takut terserempak dgn Ain.

Azie jelous bile Johan sibuk tanye pasal Ain risau Ain tak balik lagi. 

Sinopsis Adam & Hawa episod 44 :

Ain terkejut bila Am menanyakan pasal Johan dan menunjukkan perasaan cemburunya tentang keakraban Ain dan Johan . Merka terus dengan perangai yang sama apabila berbalah antara satu sama lain dan cuba untuk mempertahankan diri masing masing. Johan pula memberanikan diri dengan ayahnya apabila menyuarakan tentang perasaanya pada Azie. Pada mulanya, ayahnya agak terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Johan, namun dia berfikiran terbukan dan menerima segalanya. Cuma yang menjadi kerisauan bapanya adalah isterinya yang sudah pasti terkejut dan tidak pasti bagaimana reaksinya. Ain kini semakin rapat dengan Am, tapi kadang-kadang tidak dapat mengawal perasaan marah terhadap Am. Johan semakin rapat dengan Azie hingga melupakan Ain. Adakah Johan akan meninggalkan Ain untuk Azie?

Ape reaksi Ain bile mengetahui 'Abang' tu adalah Johan?

Azie panik gila jumpe Am. Takut kantoi. 

Bapa Johan dah bagi tahu kat mak Johan. Yg Johan tu dah suke kat Azie. 



Azie terkejar2 nak pegi kerja sampai pecahkan cawan. Gelabah betul.

Cinta Itu Milikku Akasia @ tv 3

Assalammualaikum and hello..

Drama Julia lakonan Nabila Huda, Fizo Omar dan Izreen Azminda baru sahaja melepaskan tirainya. Qin tak berapa suka ending dia. Sebab Julia still tak dapat kebahagiaan die lagi kan. Tapi nak buat macam mane itu kerja pengarah. So kite nie just follow je la. :D Isnin nie drama baru, Cinta Itu Milikku lakonan Emma Maembong yang pernah dikenali dengan watak Munirah dalam Kau Yang Terindah tu. Cantikkan dia? Comel. Qin baru berkesempatan tengok episod 1 je so tak pastilah cerita best tak. 

SINOPSIS :

Mengisahkan tentang Rania anak kedua dari 3 orang adik beradik yang bercinta dengan Zafril. Namun begitu bekas tunang Zafril, Dini tidak berpuas hati dengan hubungan Zafril dan Rania kerana Dini beranggapan Rania telah merampas cintatanya. Setelah Rania dan Zafril diijabkabulkan, Dini semakin marah dan mula menyimpan perasaan dendam. Dini sanggup berbuat apa sahaja agar Zafril kembali ke pangkuannya. Dini mendapat tahu Rania mempunyai seorang abang Ridzuan. Dini telah menggunakan Ridzuan sebagai senjata untuk mendekati keluarga Rania. Setelah berjaya menakluk hati Ridzuan akhirnya Ridzuan berkahwin dengan Dini. Zafril terkejut apabila mendapat tahu Dini telah berkahwin dengan abang iparnya. Zafril dapat rasa bahawa Dini mempunyai niat yang tidak baik. Begitu juga dengan Rania yang merasakan Dini tidak ikhlas bersama abangnya. Apakah kesudahannya? 





PELAKON :


Fazreen Rafi & Emma Maembong as Zafril & Rania

Ana Dahlia as Dini

Karl Shafeq as Ridzuan

Erry Putra as Doktor Shafiq

OST: 

KEMBALI by Akim ft Stacy