Rakan suka pinjam barang, tapi malas memulangkan?

Assalamualaikum and hello..

Hari nie qin just nak share satu tips kat korang. Tengok tajuk entry kat atas tu. I know mesti ramai yang pernah mengalaminyakan? Jadi bagaimana kita nak menangani sikap kawan-kawan kita tu yea? Lets go.

1. Memberikan sindiran halus jika rakan ada itu sengaja buat-buat lupa untuk memulangkan barang kita.

2. Buang rasa malu dan serba salah untuk meminta barang kita yang dipinjamkan kerana ia adalah milik kita.

3. Meminta bantuan rakan anda yang lain supaya sampaikan pesanan agar peminjam memulangkan kembali 
    barang yang dipinjam.

4. Jika kita terlalu sayangkan barang kita dan berat hati untuk dipinjamkan, berilah apa sahaja alasan yang 
    munasabah.

5. Jika barang yang dipinjamkan tidak dipulangkan dalam tempoh yang lama, beritahu yang kita ingin 
    menggunakan barang tersebut secepat mungkin.

6. Berikan tempoh berapa lama rakan kita boleh meminjam barang kita semasa memberi barang yang 
    dipinjam.

7. Beritahu dengan baik kepada rakan kita supaya memulangkan semula barang yang dipinjam itu setelah 
    digunakan.

Jadi lepas nie korang bolehlah pratikkan tips nie. Kot2 ade kawan2 korang yang liat sikit nak pulangkan barang tu kan. hehe

No comments:

Post a Comment