Pertama kali Ramadhan 1434H di PSIS

Assalamualaikum and hello all. :)

Alhamdulilah dapat lagi kite jumpe Ramadhan tahun nie. Hari nie genap 19 Ramadhan umat Islam berpuasa. Tahun nie pulak first time qin berpuasa tanpa family. Memang rasa lain gila. Orang tak penah duk jauh dengan family, cengginilah jadinya. Tapi alhamdulilah, this week qin dapat balik sebab ade cuti Nuzul Quran. Sempatlah berbuka dgn family dekat dekat kampung sekali. Harinie dah hari ahad, means that aku perlu kembali kepada ceruk hutan. Why panggil ceruk hutan? Sebab kat sane line macam ape je en. Ishh. Kalau nak call tu kejap-kejap putus.

Sebenarnya qin kalau bole tak nak dah balik sana. Sebab sebab sebab. Hmm takyah lah citer. Tak nak sume org tau. Ape yang jadi nie mybe banyak hikmahnya. Tak perlu nak sedih sangat. Ingat Allah tu perancang terbaik. InsyaAllah ade jalan terbaik untuk kita, jangan risau. Be strong girl. :( Lupakan ape yang berlaku. Lepas nie berhati-hati, jgn mudah percaya. Btw, SELAMAT HARI RAYA. :))


Im not perfect, I know that. I make mistake, I know I do.
Learn from yesterday. Live for today. Hope for tomorrow. 


Iftar @ KFC with the coolest classmate. Love love. DNS1A. 
Dip in Information Technology Networking.

That's all for today. Thank you for reading. Lots of Love. 


Good Bye HOME , Good Bye Bangi. Hello PSIS , Hello Sabak Bernam. :')

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM JUMAAT SEMUA. 

Lama rasanya qin tak update blog. Bukan ape malas sebenarnya. SANGAT MALAS. Y.Y. Bilalah penyakit    M nie nak hilang agaknya. Hmm. Nie mybe last enrty qin update. Bukan maksud dah tak nak blogging dah. Lepas nie qin dah masuk Politeknik dah. Nti dah takda masa. Ya Allah lagi 3 hari je lagi. Mampu ke aku? :/ InsyaAllah I'll try my best. Amin. Qin akan daftar kat Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam hari isnin nie bersamaan 17/6. Alhamdulilah. Barang-barang semua qin dah habis prepare. Semua dah siap. Dokumen-dokumen pun siap jugak. Cuma tinggal urusan PTPTN yang hanya diketahui resultnya minggu depan. :) Rasa macam tak percaya je qin dapat sambung study. Sebabnya ramai ex-classmate semua dah sambung. Ada yg masuk form6, ada yg ke matriks and ada jugak yg masuk swasta. Rezeki masing-masing. Alhamdulilah rezeki qin kat PSIS. Mungkin nie jalan terbaik yang Allah berikan untuk qin sambung study. Qin bersyukur ape yang qin dapat sekarang. Bukan semua orang dapat peluang macam qin. Ramai lagi yang kat luar tu kene tunggu nak buat rayuan. 

Kat PSIS qin ambik Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian). IT lah tu. XD. Tak sangka, that's is my first choice untuk Politeknik. Alhamdulilah dapat. Tak dapat UITM pun takpelah. Qin bersyukur jugak qin tak perlu nak menuggu lagi. Tak perlu nak apply mane-mane yg swasta. Bukan ape, nama pun swasta. Banyak nak guna duit. Lebih baik kerajaan. Qin akan belajar kat PSIS selama 6 semestar / 3 tahun. Pejam celik pejam celik nati dah habis. InsyaAllah ade rezeki qin nak sambung lagi. Qin bertuah sebab ade kawan sekolah yg masuk PSIS jugak and sangat bertuah lagi bila dapat course yg same cuma lain siktlah. Qin rangkaian dia pengaturcaraan. Nasib baiklah qin memang kenal dia dulu time sekolah. Takdelah rasa janggal sangat bila ade kawan nanti.

Tinggal lagi 2 hari je qin akan tidur kat rumah. Ahad qin dah pegi Sabak Bernam. Huwawawa rasa macam nak menangis pulak. :'( Selama 18 tahun hidup nielah first time duduk jauh dari family. InsyaAllah qin akan biasakan diri. Wish me gudluck!!



Lots of Love!

Teduhan Kasih karya Marissa kini di Slot Akasia @ tv3

ASSALAMUALAIKUM and HELLO ALL.

Tengah hari nie qin nak update drama baru untuk slot Akasia. YES! Qin tahu qin memang rajin nak update pasal-pasal benda macam nie. Sebab ape? Sebab qin memang minat. Siapa yang tak suka nak baca entry qin takyah sibuk-sibuk nak baca. Bukannya qin paksa pun. Korang mesti tahukan Sedetik Cinta lakonan Awal Ashaari dan Hanez Suraya di tv3 sudah tamat. Ending dia qin rasa takdalah best sangat. Tapi okaylah. Now, slot Akasia ada drama baru iaitu Teduhan Kasih adaptasi dari sebuah novel terbitan Karya Seni dan penulisnya ialah Marissa. Qin dah beli dan habis baca dah pun. And not bad korang juga boleh try baca novel nie. 

Novel Teduhan Kasih karya Marissa

SINOPSIS:

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu, teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak. Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan Ryzal, lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga mudah berlaku curang. Inikan pula Ehsan, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku, Adam? Namun ku tahu hanya dengan Ehsan sahaja kami menumpang teduh.

PELAKON:

Sherry Ibrahim as Iffah.
Adi Putra as Ehsan.

Shah Iskandar as Ryzal.
Nabila Huda as Ayu.

 Nak tahu ape kesudahan Teduhan Kasih ni jangan lupa tengok setiap isnin hingga khamis jam 7 malam. Enjoy it!

Lots of Love. <3






Lirik Lagu Masih Aku Cinta by Shila Amzah



Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakanmu
Caramu memanggil namaku
Terasa seolah kau masih ada

Jauh didalam sanubariku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku kan selalu doakanmu
Agar kau takkan terus terluka

Kan ku temui bahagia 
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada

Dari jauh engkau masih kau cinta
Dari jauh aku masih mencinta
Takkan pernah ada penggantimu
Yang mempertahankanku sepertimu

Satu dunia menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua
Yang mengenalmu cuma aku
Tidakku menyesal mencintaimu
Yang kuharapkan
Kau juga mendoakanku

Published with Blogger-droid v2.0.10

Result Form 6. Result Matrikulasi. Result UPU.

ASSALAMUALAIKUM and HELLO ALL.

Hi korang. :) Apa khabar, sihat tak? Qin doakan korang dalam keadaan sihat hendaknya. Qin pulak, Alhamdulilah sihat. Actually qin takda mood pun nak type story hari nie. Tapi memandangkan qin dah lama tak update so qin harus jugak menaip. Harap korang sudi baca ek. Mari kita mulakan dengan result form 6. Aik rasa lain pulak bila buat ayat macam tadi tu. Okay, kita mula. Keputusan kemasukan form 6 keluar pada 24 April 2013 kalau tak silap qin. And Alhamdulilah qin dapat walaupun qin tak apply sebenarnya. Form 6 random so takyahlah sibuk2 nak apply. Mula-mula bila dapat tahu dapat tu rasa happy la sikit. Yelah ingat tak dapat ape-ape. Tapi bila tahu qin dapat kat Mahaad and aliran agama. Qin memang rasa down gila. Bukan ape, aliran agama nie sebenarnya susah tau. Dahlah form 6 setahun setengah je. Ingat qin nie boleh pickup cepat sebegitu. Semestinya tidak sayang ku. So qin memang tolak awak-awal. Ramai jugak classmate qin dapat form 6 nie. Tapi yang terima tak ramai. Adalah lebih kurang lima orang je. 

Dan dua hari selepas itu pulak keputusan kemasukan ke matrikulasi keluar. Lepas dapat tahu qin dapat form 6 qin memang dah jangka qin takkan dapat matriks. Tapi saje dok sedapkan hati nie, takpe kita tengok jugak mana tahu dapat kan. And dengan semangat baru qin pun checklah kan. You know what qin memang tak dapat. Agaknya memang takda rezeki kat matrik kot. Tapi rasa sedih sangat sebab apa ramai classmate qin dapat matriks. Huwawa. Yang bestnya dapat kat tempat yang same. =.= Ntah ape-ape je. Adelah lebih kurang 13 orang dapat kat Matriks N9. Korang percaya tak. Rasa nak aikkkk. Sabar jelah. Tapi qin dah buat rayuan. Tengoklah kalau ada rezeki InsyaAllah dapat. Keputusan rayuan keluar lagi 3 minggu iaitu pada 6 Jun. Tapi qin tak letak harapan takut nanti tak dapat sakit hati nie.

Dan hari nie pulak bersamaan 17 Mei 2013, keputusan kemasukan ke IPTA / Politeknik Premier keluar. And HUWAWAWAWAWA qin tak berjaya. Macam tak percaya je. Dalam-dalam banyak permohonan IPTA dengan Politeknik satu pun tak sangkut. Ya Allah. :'( Rasa macam nak menangis je. Tak layak ke aku nie nak masuk U. Fikir sendiri. Takda jawapan. Tapi yang pelik bin ajaib ramai gila yang tak dapat upu kot. And takda sorang pun yang update dorang dapat poli. Apakah?? -.- Sangat tak faham. Yang lagi pelik budak yang dapat matriks dapat pulak upu. Tak adil!!! Rasa nak jerit kat dorang tu. Tapi apakan daya. Tak boleh buat ape-ape. Tapi diselitkan jugak berita gembira yg hari nie bukanlah official keputusan upu tu. So belum confirm. Tapi betul ke? Ada ke orang nak main-main pasal bende penting ni? Macam mana budak yang dapat Upu tu then bila dia check balik dia tak dapat. Tak ke dia rasa down? Ape-ape jelah yang penting qin memang tak dapat. Tapi dorang kata 21 may nie check balik. Harap-harap ada berita gembira. Lagi satu rayuan untuk upu dibuka pada 24 may bermula pukul 12 sehingga 2 jun.

Apa-apa pun rezeki di tangan Allah. Kalau ada rezeki kita insyaAllah kita dapat. Banyak hikmah semua nie. Jadi korang yang tak dapat mana-mana lagi tu banyak bersabar. InsyaAllah. Allah bijak mengatur semuanya. Rezeki kita ada kat mana-mana, jangan risau. *Nasihat utk diri sendiri jugk. Ya Allah berilah aku kekuatan.*


Lots of Love. <3

Update blog by using Android

Hai iuuolss. ;) Qin baru je jumpe aplikasi untuk update blog dengan menggunakan android. Yelah now dah maju kan. Mesti sana sini orang update guna smartphone. Tak perlu menggunakan laptop ataupun komputer. So lepas nie tak kira kat mana jua qin boleh update ape story qin. Sesiapa yang nak tahu kat mana nak install ni, senang aje. Korang just pegi kat play store and search "blogger-droid". Install and masukkan email dan password blog. And siapp. Senangkan. Cuba nanti.

Lots of Love.

Published with Blogger-droid v2.0.10