Teduhan Kasih karya Marissa kini di Slot Akasia @ tv3

ASSALAMUALAIKUM and HELLO ALL.

Tengah hari nie qin nak update drama baru untuk slot Akasia. YES! Qin tahu qin memang rajin nak update pasal-pasal benda macam nie. Sebab ape? Sebab qin memang minat. Siapa yang tak suka nak baca entry qin takyah sibuk-sibuk nak baca. Bukannya qin paksa pun. Korang mesti tahukan Sedetik Cinta lakonan Awal Ashaari dan Hanez Suraya di tv3 sudah tamat. Ending dia qin rasa takdalah best sangat. Tapi okaylah. Now, slot Akasia ada drama baru iaitu Teduhan Kasih adaptasi dari sebuah novel terbitan Karya Seni dan penulisnya ialah Marissa. Qin dah beli dan habis baca dah pun. And not bad korang juga boleh try baca novel nie. 

Novel Teduhan Kasih karya Marissa

SINOPSIS:

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu, teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak. Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan Ryzal, lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga mudah berlaku curang. Inikan pula Ehsan, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku, Adam? Namun ku tahu hanya dengan Ehsan sahaja kami menumpang teduh.

PELAKON:

Sherry Ibrahim as Iffah.
Adi Putra as Ehsan.

Shah Iskandar as Ryzal.
Nabila Huda as Ayu.

 Nak tahu ape kesudahan Teduhan Kasih ni jangan lupa tengok setiap isnin hingga khamis jam 7 malam. Enjoy it!

Lots of Love. <3






No comments:

Post a Comment