Sebenarnya Saya Isteri Dia karya Zura Asyfar kini di Slot Zehra @ tv3

Assalamualaikum and hello all.

Sebenarnya Saya Isteri Dia (SSID) drama bersiri terbaru yang ditayangkan di slot zehra tv3. Sekarang ni baru episod 4 kalau tak silap. SSID mempunyai 13 episod keseluruhannya. Lagu tema untuk drama ni adalah Kita dari kumpulan Forteen. Drama nie sebenarnya adalah adaptasi dari sebuah novel karya Zura Asyfar yang menggunakan tajuk yang sama dari penerbit Karya Seni. Qin baru saja habis baca novel ni. Hmm, tak rugi siapa yang beli novel tebal ni sebabnya cerita dia memang best. Okay jom qin share sikit pasal SSID nie.

Novel SSID karya Zura Asyfar.

SINOPSIS:

Cinta pertama tak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk semenjak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua. 

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah suatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namuan dia redha kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kali kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash  ditelan dengan rasa terbuku di hati.

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya menjadi serba tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan isterinya itu. 

PELAKON: 

Izzue Islam as Firash Arshad.
Tiz Zaqyah as Syafa Aqira.

Qushari Razali as Haqimi.

Uqasha Senrose as Raina

Azlee Khairi as Raimy.

Jangan lupa saksikan Sebenarnya Saya Isteri Dia setiap jumaat pukul 9 malam di tv3. Suka dengan watak Izzue Islam dalam SSID. Kali nie watak dia nampak lebih matang berbanding dalam drama-drama lain. Enjoy it! 

Lots of Love. <3

No comments:

Post a Comment