TIPS Miliki Mood Yang Positif.

ASSALAMUALAIKUM n HELLO ALL.

Dah lamakan qin tak share tips nie kan? Dulu-dululah rajin jugaklah qin share tips inilah itulah. Hikhik. Bukan ape qin dah malas nak menaip-naip nie. Almaklumlah, sekarang nie semua bende touch skrin jekan. Haha. Silalah menyampah dengan statement tadi tu yea :P. Okay-okay dah. Jom tengok ape tips hari nie. 


  • Cuba untuk luah atau kongsikan perasaan korang bersama orang lain.
  • Luaskan pandangan serta pergaulan korang. Jangan terhad kepada kawan-kawan rapat sahaja.
  • Cuba untuk hubungi kawan lama korang di kolej atau tempat kerja lama korang. Boleh kongsikan momen manis bersama mereka.
  • Libatkan diri dalam aktiviti santai jika punya masa lapang.
  • Jika berkelapangan, korang boleh ambil masa untuk membaca novel atau majalah kegemaran korang.
  • Berkongsi hobi atau minat korang bersama kawan, keluarga ataupun yang tersayang.
  • Petingkan kesihatan diri.
  • Bersenam setiap hari.
  • Cuba makan makanan yang seimbang setiap hari. Minum juga banyak air putih.
  • Eratkan hubungan kekeluargaan. Jika berjauhan, cuba luangkan masa dengan berbual dengan mereka. Takkpun, sekarangkan dah canggih. Gunakan sahaja whatssap, weechat, twitter dan instagram korang tu!
  • Isi masa lapang dengan berseronok bersama teman.
  • Pastikan korang sentiasa berada dalam mood yang ceria.
  • Cuba berbincang jika berlaku salah faham dengan kenalan.
  • Realistik terhadap apa sahaja yang berlaku di sekeliling korang.
  • Bersikap optimis dan positif sentiasa.
Rupanya bukan susah pun nak dapatkan mood yang positif nie. Jadi korang tak perlulah sentiasa stress dengan keadaan sekeliling korang. Ambil masa dan gunakan tips-tips yang qin share tadi. Cuba praktikkan yea. 

Lots of Love.

No comments:

Post a Comment