Cinta Itu Milikku Akasia @ tv 3

Assalammualaikum and hello..

Drama Julia lakonan Nabila Huda, Fizo Omar dan Izreen Azminda baru sahaja melepaskan tirainya. Qin tak berapa suka ending dia. Sebab Julia still tak dapat kebahagiaan die lagi kan. Tapi nak buat macam mane itu kerja pengarah. So kite nie just follow je la. :D Isnin nie drama baru, Cinta Itu Milikku lakonan Emma Maembong yang pernah dikenali dengan watak Munirah dalam Kau Yang Terindah tu. Cantikkan dia? Comel. Qin baru berkesempatan tengok episod 1 je so tak pastilah cerita best tak. 

SINOPSIS :

Mengisahkan tentang Rania anak kedua dari 3 orang adik beradik yang bercinta dengan Zafril. Namun begitu bekas tunang Zafril, Dini tidak berpuas hati dengan hubungan Zafril dan Rania kerana Dini beranggapan Rania telah merampas cintatanya. Setelah Rania dan Zafril diijabkabulkan, Dini semakin marah dan mula menyimpan perasaan dendam. Dini sanggup berbuat apa sahaja agar Zafril kembali ke pangkuannya. Dini mendapat tahu Rania mempunyai seorang abang Ridzuan. Dini telah menggunakan Ridzuan sebagai senjata untuk mendekati keluarga Rania. Setelah berjaya menakluk hati Ridzuan akhirnya Ridzuan berkahwin dengan Dini. Zafril terkejut apabila mendapat tahu Dini telah berkahwin dengan abang iparnya. Zafril dapat rasa bahawa Dini mempunyai niat yang tidak baik. Begitu juga dengan Rania yang merasakan Dini tidak ikhlas bersama abangnya. Apakah kesudahannya? 





PELAKON :


Fazreen Rafi & Emma Maembong as Zafril & Rania

Ana Dahlia as Dini

Karl Shafeq as Ridzuan

Erry Putra as Doktor Shafiq

OST: 

KEMBALI by Akim ft Stacy



No comments:

Post a Comment