8 Jam Di Pawagam 5 Julai 2012

SINOPSIS :

Alang membesar di sebuah lorong yang penuh dengan keganasan dan jenayah. Zaman kanak-kanak Alang dirampas daripadanya apabila ibu Alang mati dibunuh seorang Ah Long semasa mereka mencuba untuk melarikan diri daripada kawasan tersebut. Alang yang tidak mempunyai saudara-mara yang lain telah dihantar ke rumah anak yatim, namun menghadapi kesukaan untuk bergaul dengan rakan-rakan sebayanya yang lain dek cara kehidupannya dahulu. Namun, Julia yang tidak putus asa cuba untuk berkawan dengannya menyebabkan dia sedikit berubah. Keikhlasan Julia meneyebabkan mereka menjadi kawan baiksehinggalah mereka meningkat umur belasan tahun. Hubungan persahabatan mereka lama kelamaan bercambah menjadi cinta. Namun,hubungan mereka terputus dEryi tengah jalan kerana Julia telah dituntut oleh mak ciknya. Akhirnya, Alang kembali ke kehidupannya semasa kecil dan cuba untuk hidup dengan aman namun munculnya beberapa koncodaripada satu geng  meminta wang perlindungan. Kini, Alang berada dalam penjara kerana dia telah membunuh seseorang. Siapakah yang telah menjadi mangsa Alang? Mengapakah Alang bertindak sedemikian? Dapatkah Alang dan Julia hidup bersama semula?

PELAKON :

Shaheizy Sam
Yana Samudin
Fimie Don

No comments:

Post a Comment