Pelangi Kasih @ tv3 Samarinda

Assalammualaikum n hello all..

Bunga April dh habes. Bunga April dh habes. Sad ending. Azman meninggal di sisi ank die Bunga Sari. Kesian April. Well~ cite melayu.Mmg cantu. Menggantikan Bunga April adlh Pelangi Kasih. Membariskan pelakon2 hebat seperti Nabila Huda, Beto Kusyairi, Puteri Sarah n Johan Asshari. Laris betol Beto n Johan nie. Sana sini muka dorg. Bkak tv jew muka dorg. Rezeki org sape yg thu kn.


SINOPSIS:

Mengisahkan persahabatan erat antara Sofea (Nabila Huda), Azlin (Puteri Sarah) dan Zafrul (Beto Kushairy), Sofea berkawan rapat dengan Azlin sejak zaman persekolahan walaupun berasal dari latar belakang keluarga yang berbeza. Azlin bakal mewarisi perniagaan daripada datuknya, Haji Mahmod, Pengerusi Green Global Sdn Bhd manakala bapa Sofea ialah seorang guru agama di surau dan bercucuk tanam untuk menampung keluarganya.
Zafrul (Beto Kushairy) yang tinggal berhampiran dengan mereka berumur 2 tahun lebih tua daripada Azlin dan Sofea banyak membantu mereka dalam pelajaran. Malah, Zafrul yang cemerlang dalam pendidikan menjadi teladan kepada Azlin dan Sofea untuk berjaya.
Setelah tamat pengajian di universiti, Sofea dan Azlin menyertai syarikat Green Global Sdn. Bhd. Di bawah pengurusan dua wanita muda ini, GREEN GLOBAL SDN.BHD meningkat dengan pantas. Azlin memang cekap dalam pentadbiran dan perhubungan dengan pelanggan. Sementara Sofea begitu bijak membawa pelabur luar masuk ke dalam negara dan melabur dalam bidang hartanah.
Hubungan erat Azlin, Sofea dan Zafrul berjalan lancar sehingga Zafrul membuat keputusan untuk mengahwini Azlin. Sofea terluka kerana cintanya kepada Zafrul dipermainkan.
Untuk mengukuhkan kedudukan Zafrul dalam syarikat, Azlin telah memberikan jawatan yang sepatutnya menjadi milik Sofea kepada Zafrul. Sofea berasa kecewa dengan Azlin kerana menganggap Azlin cuba menyingkirkannya secara halus.
Pengenalan Sofea dengan Omar (Johan Ariff Asa’ri) yang merupakan pesaing kepada Green Global Sdn Bhd menimbulkan rasa tidak senang hati oleh Zafrul. Akhirnya, Sofea dikhianati dan dipecat atas tuduhan pecah amanah oleh Azlin yang cemburu dengan prihatin Zafrul atas Sofea.
Selepas Sofea berkahwin dengan Omar, syarikat Lembayung Delta Sdn Bhd milik Omar telah mengalahkan Green Global Sdn Bhd untuk mendapatkan tender tanah. Bagi menjaga kepentingan syarikat pada masa depan, Zafrul berikhtiar untuk ‘menghapuskan’ Sofea dan Omar dari dunia korporat.
Sofea terluka dengan pengkhianatan 2 sahabat baiknya dan menghilangkan diri di kampung halaman Omar.. Apakah Sofea akan bertemu semula dengan Zafrul dan Azlin? 


PELAKON:
Beto Kusyairi as Zafrul
Nabila Huda as Sofea
Puteri Sarah as Azlin
Johan Asshari as Omar

Antara babak2 dalam Pelangi Kasih:  
1#

2#

3#

4#

OST:
BUKANKAH AKU by Awi Rafael


Hancur hatiku, hatiku ini
Meskipun tiada pun yang tahu
Aku berdoa, aku kan coba
Meskiku tak lagi percaya
Namunku masih tetap mencoba
Hampa hati yang ada di langkah kaki
Namun tetapku menanti.
Hampa hati yang ada di langkah kaki
Namun tetapku menanti.
Bukankah aku yang kau mengatakan cinta?
Bukan diriku yang kau janjikan semua?
Luluh hatiku, menantikanmu
Menantikan jawabmu
Meskipun engkau bukan seperti yang dulu
Namunku tetap disini menantikanmu
Sampai hatimu, tinggalkan aku
Namun cintaku tetap hanya untukmu..
Hanya untukmu








No comments:

Post a Comment