ASSALAMUALAIKUM n HELLO ALL.
Dah lamakan qin tak share tips nie kan? Dulu-dululah rajin jugaklah qin share tips inilah itulah. Hikhik. Bukan ape qin dah malas nak menaip-naip nie. Almaklumlah, sekarang nie semua bende touch skrin jekan. Haha. Silalah menyampah dengan statement tadi tu yea :P. Okay-okay dah. Jom tengok ape tips hari nie.
- Cuba untuk luah atau kongsikan perasaan korang bersama orang lain.
- Luaskan pandangan serta pergaulan korang. Jangan terhad kepada kawan-kawan rapat sahaja.
- Cuba untuk hubungi kawan lama korang di kolej atau tempat kerja lama korang. Boleh kongsikan momen manis bersama mereka.
- Libatkan diri dalam aktiviti santai jika punya masa lapang.
- Jika berkelapangan, korang boleh ambil masa untuk membaca novel atau majalah kegemaran korang.
- Berkongsi hobi atau minat korang bersama kawan, keluarga ataupun yang tersayang.
- Petingkan kesihatan diri.
- Bersenam setiap hari.
- Cuba makan makanan yang seimbang setiap hari. Minum juga banyak air putih.
- Eratkan hubungan kekeluargaan. Jika berjauhan, cuba luangkan masa dengan berbual dengan mereka. Takkpun, sekarangkan dah canggih. Gunakan sahaja whatssap, weechat, twitter dan instagram korang tu!
- Isi masa lapang dengan berseronok bersama teman.
- Pastikan korang sentiasa berada dalam mood yang ceria.
- Cuba berbincang jika berlaku salah faham dengan kenalan.
- Realistik terhadap apa sahaja yang berlaku di sekeliling korang.
- Bersikap optimis dan positif sentiasa.
Rupanya bukan susah pun nak dapatkan mood yang positif nie. Jadi korang tak perlulah sentiasa stress dengan keadaan sekeliling korang. Ambil masa dan gunakan tips-tips yang qin share tadi. Cuba praktikkan yea.
Lots of Love.
No comments:
Post a Comment